Friday, January 4, 2013

Refleksi

Refleksi by Anakmuda-Brunei Chronicles
Refleksi, a photo by Anakmuda-Brunei Chronicles on Flickr.

Friday, October 19, 2012

Wednesday, June 6, 2012

Spesis yang payah kan pupus. Tabiatnya suka mengganggu kehidupan orang. Tabiat buruk yang popular ialah mencuri. Jangan ada yang terikut-ikut dengan perangai spesis yang bernama "Ambuk" ani. Gambar diambil ketika sekumpulan ambuk sedang 'menyerang' kampung kami (macam 'counter-attack' jua lah). Gambar di atas pula menunjukkan seekor ambuk yang sedang asyik menikmati hidangan petangnya, 'burger' kaliaaahh..!! Waktunya senang diingat iaitu sebelah petang ketika penduduk kampung sedang sibuk menyiapkan hidangan untuk minum petang. Macam berakal jua bah bisdia ani tau 'timing' nya.

Monday, June 4, 2012


Rabu, 23 Mei 2012 - Pada bulan Mei lepas, saya dibawa oleh satu rombongan untuk membuat tinjauan bagi liputan bergambar sebagai persediaan untuk susulan lawatan seterusnya ke Daerah Temburong. Siapa tidak kenal Temburong, daerah kedua terbesar di negara ini yang lebih sinonim dengan panggilan "Permata Hijau" Brunei Darussalam. Jangan biskita hairan, walaupun ia sebuah daerah, mengikut keluasan keseluruhan dalam sukatan kilometer persegi, Temburong lebih besar dari Kota Singa dan satu lagi yang dapat dibanggakan, daerah ini memiliki bukit tertinggi dipanggil Bukit Pagon (masih ingat lagi semasa zaman persekolahan, dalam subjek geografi, Bukit Pagon boleh dikategorikan sebagai gunung berdasarkan ketinggian puncaknya dan kedudukannya juga bersempadan dengan negara jiran, Malaysia Timur.

Seperti gambar yang dapat abiskita lihat di atas, hampir keseluruhan Daerah Temburong diseliputi hutan, waima pun kalau abiskita berada di pusat bandarnya, Pekan Bangar juga tidak terkecuali dari dikelilingi rimbunan pepohon menghijau yang tumbuh subur di sekitar pusat-pusat komersil dan beberapa kawasan yang pesat membangun. Ditambah lagi dengan alunan air sungai yang mengalir lembut mengundang seribu ketenangan. Inilah, istimewanya Permata Hijau.

Tuesday, March 13, 2012

The Shadows

The Shadows by Brunei Jam
The Shadows, a photo by Brunei Jam on Flickr.

The Shadows